Perkataan "neraka" tidak disebut di dalam al-Qur'an. Namun, terdapat enam kalimat di dalam al-Qur'an yang boleh dimengertikan sebagai neraka. Di halaman ini disenaraikan semua ayat yang mengandungi kalimat pertama iaitu nar, atau api, dalam bahasa Melayu.
Di halaman yang menyusul pula - neraka (2) - disenaraikan lima lagi kalimat yang berkaitan dengan neraka, seperti:
sa'ir (yang Menyala)
saqar
laza (relau)
jahanam
jahim
Nar (Api):
Kebanyakan daripada kalimat nar yang diguna di dalam al-Qur'an bermaksud neraka. Yang lain bermaksud api dan ditulis dengan huruf kecil. Ayat-ayat yang mengandungi api atau Api (neraka) adalah seperti berikut:
2:17. Persamaan mereka seperti persamaan orang yang menyalakan api. Apabila ia menerangi yang di sekelilingnya, Allah menghilangkan cahaya mereka, dan meninggalkan mereka dalam kegelapan, dengan tidak melihat.
2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang yang tidak percaya.
2:39. Dan, orang-orang yang tidak percaya dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."
2:80. Dan mereka berkata, "Api tidak akan menyentuh kami kecuali beberapa hari yang terhitung." Katakanlah, "Sudahkah kamu mengambil satu perjanjian sehingga Allah tidak akan memungkiri perjanjian-Nya, atau kamu mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu tahu?"
2:81. Ia, sesiapa yang mengusahakan kejahatan, dan diliputi pelanggarannya, mereka itulah orang-orang Api; di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya.
2:126. Dan apabila Ibrahim berkata, "Pemeliharaku, buatkanlah ini sebuah negeri yang aman, dan berilah rezeki penduduknya dengan buah-buahan, untuk mereka yang percaya kepada Allah dan Hari Akhir antara mereka." Dia berkata, "Sesiapa yang tidak percaya Aku akan memberikan kesenangan sedikit, kemudian Aku akan memaksa dia kepada azab Api; betapa buruknya satu kepulangan!"