2:257. Allah ialah Wali (Pelindung) orang-orang yang percaya; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Dan orang-orang yang tidak percaya, wali mereka ialah Thagut, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan; mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
2:266. Adakah sesiapa antara kamu beringinkan mempunyai sebuah kebun (jannah) palma dan anggur, dengan sungai-sungai mengalir dari bawahnya, dan segala macam buah-buahan di dalamnya untuknya. Kemudian umur tua menimpanya, dan dia mempunyai keturunan, tetapi lemah. Kemudian angin puyuh yang mengandungi api menimpanya, dan ia terbakar. Begitulah Allah memperjelaskan ayat-ayat kepada kamu supaya kamu memikirkan.
2:275. Orang-orang yang memakan riba tidak akan berdiri lagi, melainkan semasa dia berdiri, dia ditundukkan dengan sentuhan syaitan; itu adalah kerana mereka mengatakan, "Jual beli adalah serupa dengan riba." Allah menghalalkan jual beli, dan mengharamkan riba. Sesiapa yang didatangkan kepadanya satu teguran daripada Pemeliharanya, dan dia berhenti, maka baginya apa yang telah lalu, dan urusannya kepada Allah; tetapi sesiapa mengulanginya, mereka itulah orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
3:10. Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya, harta benda mereka tidak berguna bagi mereka, dan tidak juga anak-anak mereka sedikit pun terhadap Allah, dan mereka itu, mereka menjadi bahan bakar untuk Api.
3:16. Orang-orang yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami percaya; ampunilah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lindungilah kami daripada azab Api."
3:24. Itu adalah kerana mereka mengatakan, "Api tidak akan menyentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung." Apa yang mereka mengada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.
3:103. Dan berpegang teguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia menyatukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu menjadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu mendapat petunjuk.