13:5. Jika kamu terhairan-hairan, sungguh yang menghairankan ialah ucapan mereka, "Apabila kami menjadi tanah, adakah kami akan dibangkitkan lagi dalam ciptaan yang baru?" Mereka itulah orang-orang yang tidak percaya kepada Pemelihara mereka; mereka itu, pada leher mereka ada belenggu; mereka itu menjadi orang-orang Api, di dalamnya tinggal selama-lamanya.
13:17. Dia menurunkan dari langit air, dan wadi-wadi mengalir dengan masing-masing menurut ukurannya, dan arus membawa buih yang menggelembung; dan daripada apa yang padanya mereka menyalakan api, demi menginginkan perhiasan atau kesenangan, keluar dari itu buih yang serupa dengan itu. Demikianlah Allah membuat yang benar dan yang palsu. Maka buihnya hilang seperti barang buangan, dan apa yang bermanfaat kepada manusia menetap di bumi. Begitulah Allah membuat persamaan-persamaan-Nya.
13:35. Persamaan Taman yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa - di bawahnya mengalir sungai-sungai, hasilnya kekal, dan lindungannya. Itulah kesudahan orang-orang yang bertakwa; dan kesudahan orang-orang yang tidak percaya, Api!
14:30. Dan mereka mengadakan rakan-rakan bagi Allah supaya mereka menyesatkan daripada jalan-Nya. Katakanlah, "Maka bergembiralah kamu! Kepulangan kamu ialah Api."
14:50. Daripada gala-gala adalah baju-baju mereka, muka (wajah) mereka ditutupi oleh Api.
15:27. Dan jin, Kami mencipta sebelumnya daripada api yang membakar.
16:62. Mereka mengadakan bagi Allah apa yang mereka membenci; dan lidah mereka menyifatkan kedustaan bahawa yang paling baik adalah bagi mereka. Tidak syaklah bahawa bagi mereka ialah Api, dan bahawa merekalah orang-orang yang segera dimasukkan.
18:29. Katakanlah, "Yang benar adalah daripada Pemelihara kamu; maka hendaklah sesiapa yang menghendaki, percaya; dan hendaklah sesiapa yang menghendaki, tidak percaya." Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang yang zalim, api, yang gejolaknya meliputi mereka; jika mereka meminta pertolongan, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti leburan tembaga merah, yang melecurkan muka-muka mereka - betapa buruknya minuman, dan betapa buruknya tempat istirahat!
18:53. Kemudian orang-orang yang berdosa melihat Api, dan menyangka bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya, dan mereka mendapati tiada tempat untuk berpaling daripadanya.
18:96. Berilah aku jongkong-jongkong besi." Sehingga, apabila dia telah membuat separas antara dua tebing yang tinggi, dia berkata, "Tiuplah!" Sehingga, apabila dia telah membuatnya api, dia berkata, "Berilah aku, supaya aku menuangkan leburan tembaga kuning di atasnya."