Wednesday, April 30, 2008

Nikmat Malam Pertama

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada taraYa, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir & batin. Malam penuh bahagia! Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satumalam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAMKUBUR!
"Apakah Malam Pertama Kita di AlamKubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara? "Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu,bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dandi dunia yang amat berbeza. "Suatu hari pasti engkau tempat tidurmu (di dunia),dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana? "Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yangdihidangkan dengan pelbagai makananyang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam duniayang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.


Pada saat kita mula membuka mata dimalam pertama kita di alam kubur,segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan?

Pastinya tidak bukan?

Oleh itu BERAMALLAH daningatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAMKUBUR!

Firman Allah: "Wahai jiwa yg tenang,kembalilah kpd tuhanmu dlm keadaan kamu redha dan diredhai... " Surah al fajr